JGC7 News, Sahabat Muslim selamat berpuasa, berikut ini beberapa untaian mutiara penyejuk dari Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S.
dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali
ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia
akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir
bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan
(beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak
meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t.
tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat
Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah
rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya
adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan
kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu
fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang
telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari
raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan
mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari
Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula
sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa
sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab
iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang
yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa
bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia
menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan
minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa
sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah
s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t.
mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang
melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat
wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan
memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad &
Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka
bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka
sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang
melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat"
(Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman:
Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika
telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara
(jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan
ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi).
Funtastic
Funtastic
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !